Saturday 7 December 2013

Apabila monyet baru mengenal cinta.

Solamak petang,tengahari,dan malam.

Setelah lama gua menghilangkan diri,bukan buat rawatan plastik cuma hilang sebentar kerana malas gua nak menekan keyboard.

Gua nak bercerita lah sikit tentang ''Cinta monyet ala-ala Islamik'' sering kita dengar pelajar bercinta.

Pelajar sekolah biasa dengan cinta monyet ala Haram jadah sikit.

Pelajar sekolah agama bercinta monyet ala Islamik tapi Haram jadah juga.

Hari ini cerita tentang cinta pelajar sekolah agama.Di sini gua nak cakap lar,gua memang tak halang orang bercinta tapi cara mereka menunaikan cinta itu yang buat kaki gua ingin membuka bicara.

Cinta adalah haram jika bercinta dengan binatang (gurauan sahaja hehe)/

Cinta tidak haram,cara manusia menunaikan cinta mungkin menyebabkan haramnya percintaan.Ramai sahabat gua usia muda 14,15,16,17 dan 13 pun ada bercinta dengan alasan ada niat untuk nikah.

Ya tapi mereka tak bercinta tapi lebih dikenali sebagai couple.

Couple ini maksudnya berpasangan,kalau ikut tafsiran zaman sekarang lebih kepada maksiat,dimana berpegang tangan,bercakap lemah lembut naik nafsu lelaki,lalai dari Islam.

Bila bercouple kita letak kekasih yang utama,Allah yang kedua,Ibubapa yang ketika.Sepatutnya Allah yang pertama bukan kekasih.

Gua ada tanya kawan gua yang bercouple apa tujuaannya dia menjawab ''Aku hanya suka-suka bukan serius,saja nak mencari teman''

Jika bercouple,hubungan itu syaitan ikut,nak syaitan bersama kita.?.

Ada orang bercouple dari tingkatan 1 sampai umur 20 tapi nikah dengan orang lain yang baru dia kenal 3 hari.8 tahun menghabiskan masa,dalam masa 8 tahun kita boleh hafal Al-Quran.

Lelaki ini adalah pemimpin kepada wanita,bukan memimpin tangan wanita bukan mahram,Lelaki sepatutnya membimbing wanita bukannya membawa wanita ke kilang dosa.

Ada yang bercinta di usia muda jarak jauh tak pernah berjumpa,tapi hanya chatting dlm FB,kalau boleh elakkan,hati ini adalah raja,Susah nak jaga hati,kekadang niat kita baik tapi perbuatan jadi kurang baik.

Guna jalan selamat,bercinta selepas nikah,sebelum nikah kenal hati budi dahulu,jangan nak bermama-papa sangat lah,orang Terengganu kata ''Nyekit ngak aku dengor''

Waktu muda ini guna dengan baik,timba ilmu agama.

Jangan guna alasan ''Saya bercouple ada niat nak menikahi dia takper'' ini alasan tenuk tidak sihat.

Buat wanita,perempuan,awek,dan cikaro,jadilah air mutlak yang bersih boleh buat mandi,buat minuman.Jangan jadi air yang kotor,air yang ada tahi tak guna.

Nak lelaki baik jadi perempuan baik,Nak perempuan baik jadi lelaki baik.

Ingat perempuan maruah mu lebih beharga dari segunung emas.

Lelaki jaga perempuan,Perempuan ibarat segelas air jangan letak tahi di dalamnya.

Couple juga mengajar kita hidup melawan ibu bapa,BF kata jangan pergi sekolah kita ikut,Ayah suruh pergi sekolah kita tak ikut contoh.

Lebih baik ku hidup sendiri kemana pun tiada melarang-Biru Band

Kita tak pernah sendiri kerana kita ada pencipta yang Maha Melihat,Maha Pengasih,Maha Penyayang.

Tuesday 16 October 2012

Nikah dan Bercinta

Antara nikah dan bercinta,jika si dia mengajak bercinta mungkin tolak sebab cinta sebelum nikah ni risiko tinggi sangat,risiko sakit hati..memang dah fitrah,bukan tak nak bercinta tapi bimbang menyakitkan hati si dia,aku ni memang suka sakitkan hati orang kah kah kah...Cinta cinta cinta niat nak dihati nak mencintai si seorang wanita kerana agama tapi zaman sekarang susah nak cari wanita yang betul-betul cintai agama ibarat mencari burung gagak putih,mengikut ustaz nazmi karim,rupa pun penting jugak tapi agama lagi penting,kenapa rupa penting sebab kalau kita tengok dia sejuk hati kita,tapi Agama lagi penting sebab,dengan agama kita ke syurga,mengapa aku tak memilih untuk bercinta kerana aku ingin mengelak zina hati dan zina mata..mencega lebih baik dari merawat..bercinta selepas nikah tu yang terbaik kenal dulu sebelum si dia tu impian aku...ikut islam anda selamat

Bukan tak nak bercinta tapi sebaiknyalah aku kenal dahulu hati si dia macam mana,bukan setakat tengok rupa jer,rupa cantik perangai tak cantik tiada guna,kalau ditakdirkan perangai dia tak cantik reject lah jawabnya,jika boleh bimbing aku bimbing tapi aku ni jahil,bimbing diri sendiri pun tak boleh kui kui kui

Mengapa aku memilih jalan menikah,Nikah adalah satu jalan selamat,kerana nikah mencegah kemungkaran dan menghalalkan perkara yang haram di antara aku dan si dia,nak pegang-pegang pun orang tak cakap berdosa,nak jalan-jalan pun orang tak cakap buat maksiat sebab dah ada hubungan suami isteri,Tapi si dia boleh setuju ker,sebab aku mempunyai impian untuk membawa isteri ke syurga,sebab tanggungjawab suami ni besar,aku nak dia tutup aurat dengan sempurna sekurang-kurangnya berniqob selepas nikah,muka dia hanya untuk aku bukan untuk lelaki lain,tu baru isteri yang baik inyaallah till jannah,...Harap-harap dia dapat menerima cintaku dan cara ku untuk membimbing amin

Ya allah semoga dia dilembutkan hati untuk menerima segala bimbingan hamba yang jahil ini,jauhi dia dari segala bentuk fitnah dan lindungi dia,kuatkan hati dia amin amin amin

*Tidak berkenaan dengan yang hidup ataupun yang telah mati*

Monday 15 October 2012

Jatuh cinta fitrah manusia

Apa maksud cinta mengikut firasat aku lah cinta ni perkara yang bersoalkan tentang kasih sayang,cintakan ibu bapa,cintakan Allah,cintakan Nabi,cintakan rakan-rakan, dan cintakan kekasih

Bersoal tentang cintakan kekasih,bercinta ni memang satu fitrah manusia,perasaan sukakan seseorangni memang dah fitrah manusia,mungkin kita sukakan si kekasih disebabkan rupa yang cantik mungkin disebabkan agama yang cantik,rupa cantik tak kekal lama,tapi agama cantik kalau dijaga maka lagi cantik,sebelum nak bercinta kita kena belajar dulu,belajar ilmu agama supaya bila bercinta kita tak akan lalai dan melakukan perkara yang haram contoh-couple-..Masalah manusia zaman sekarang bila bercinta mesti wajib bercouple,Couple ini ibarat bom jangka panjang,mula-mula memang manis tapi akhirnya kemanisan itu akan bertukar menjadi sesuatu yang amat pahit..

Aku pun pernah berkenan dengan seorang perempuan tapi,bila difikirkan balik ilmu di dada ni tak penuh lagi manfaatkan masa muda untuk belajar ilmu agama,Niat aku nak belajar ilmu agama dulu baru lah bercinta amin,kuatkalah iman kami,Sebaiknya kenal dulu pasangan yang nak dicintai,kenal dulu sifat dia,kenal dulu hati dia macam mana,kenal dulu adab dia dengan ibu bapa,muka cantik tapi hati buruk apa guna,nak bercinta sebelum nikah boleh islam tak mengharamkan tapi tengok pada keadaan dunia akhir zaman ini,sebaiknya bercinta selepas nikah,ikut islam insyaallah selamat,tak payah pun 
Belajar ilmu agama-Kenal dulu sifat si bakal zaujah-Tunang-Nikah-insyaallah 

Dakwah ada pahit ada manis

Dakwah ni bukannya pakai serban pakai jubah tapi mengajak orang berbuat baik

Bila kita buat baik bukannya semua orang akan suka,Tapi kita kena teruskan dakwah selagi kita ada ilmu kita sampaikan,ilmu bukan untuk diri sendiri tapi untuk dikongsi.Dalam berdakwah kesabaran itu penting,sabar itu sangat penting kalau tiada kesabaran maka hancurlah dakwah..Orang tak suka kita tu memang perkara biasa,tapi pasti ada yang akan suka kita.Dah orang tak suka nak buat macam mana hiraukan mereka macam angin yang berlalu..kebiasaannya hanya syaitan yang tak suka manusia buat baik..tapi hari ini manusia membenci kebaikan entah kenapa..munkin kerana kurang didikan ibu bapa.hmmm

Entah nak cakap macam mana kepada orang tak suka kan nasihat,bila nasihat dia cakap ''Ikut suka aku lah" memanglah ikut suka kau,,tapi masalah sekarang kau hidup atas bumi ALLAH,kau sedut oxygen Allah..kalau nak buat dosa pergi buat bumi sendiri lah cik adik..menerima nasihat yang baik mungkin edih bagi kita tapi,terimalah walaupun kita nampak pahit tapi bila ditelan insyaallah manis sekian coretan hidup hamba yang jahil  ^_^

Saturday 25 August 2012

MUDAHNYA SEORANG WANITA/ISTERI KE SYURGA

                          Mudahnya wanita untuk ke syurga tapi ramai di neraka

Mudahnya wanita untuk ke syurga jika dia "Solat lima waktu,puasa ramadan,memelihara maruahnya,dan taat pada suami.



Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Apabila seseorang wanita melakukan solat lima waktu, puasa Ramadan, memelihara maruahnya, dan taat suami, maka masuklah mana-mana pintu syurga yang kamu kehendaki.” (Riwayat )

Ramai wanita solat dan puasa tapi kurang yang MEMELIHARA MARUAH dan TAAT SUAMI.

Wanita suka menggadaikan maruah dengan mendedah aurat,membiarkan lelaki menyentuh mana-mana badannya dengan mata tanpa sedar,Kalau bab aurat wanita memang suka ambil remeh,bertudung dah cantik tapi tak melepasi dada,pakai tudung dah cantik tapi sanggul mengalahkan unta,pakai baju dah cantik tapi ketat gila,pakai jubah dah cantik lupa pakai  sarung lengan,berjalan pakai selipar/kasut dah cantik tapi lupa pakai stokin.Akibat ambil remeh bab aurat masuk neraka.Kalau tutup auratkan cantik sejuk mata memandang,dapat pahala pulak tu

TAAT PADA SUAMI


Tolong kejutkan suami bangun subuh dapat  pahala. Tolong kejut anak dapat pahala. Masak untuk suami dapat pahala. Buat air dapat pahala. Basuh baju suami dapat pahala. Buka pintu untuk suami dapat pahala. Gosok boxer suami dapat pahala. 

Banyak pahala bila jadi suri rumah dan isteri yang baik, dapat pahala banyak bila ada suami.

Setiap perbuatan isteri yg menyenangkan hati suami, boleh pahala.. Kalau nk pahale lebih lagi, cari isteri ke suami seorang lagi. Banyak  pahala orang perempuan


Perempuan sebelum nikah wajib taat pada ibu bapa tapi selepas nikah wajib dia taat pada suami,Setengah perempuan sebelum menikah memang baik giler dengan pakwe,hantaran nikah nak RM 333,333.Lepas nikah layan suami baik mengila-gila,suami suruh buat air pergi buat,suami suruh buat makanan pergi buat.Bila sebulan selepas nikah dah bosan dah layan kerenah suami mulalah membankang cakap suami,suami suruh buat air lawan suami,suami suruh basuh baju tak nak basuh kata malas,Jika suami tak suka dengan sikap kita yang malas tu dah dapat dosa,DOSA DERHAKA PADA SUAMI

Perempuan bila dah tak suka kat seseorang tu contoh suami,mula lah tabiat wajib bagi sesetengah perempuan iaitu MENGUMPAT.Perempuan bila dah tak suka kat suami mulalah cerita kat orang tentang keburukan suami contoh,pergi cerita kat jiran sebelah tentang keburukan suami dia.Wahai perempuan kau tahu kah apa itu DOSA yang membolehkan anda ke NERAKA.

Sebagai peringatan untuk para wanita dipaparkan suatu peristiwa di suatu Eid, di mana seorang wakil telah dilantik dari kaum wanita untuk bertemu dengan Rasulullah SAW untuk meminta baginda SAW memberi ucapan khusus untuk kaum wanita. Baginda bersetuju dan menyuruh mereka berkumpul di Baabun Nisaa’. Setelah kaum wanita berkumpul, Bilal pergi memanggil Rasulullah SAW. Baginda pun pergi ke sana , dan memberi salam dan memberi tazkirah seperti berikut:
“Assalamu’alaikum, wahai kumpulan/kaum wanita. Wahai kaum wanita, Aku lihat kamu ini lebih banyak di neraka”.
Seorang wanita lalu bangun bertanya, “Apakah yang menyebabkan yang demikian? Adakah sebab kami ini kufur?’ Rasulullah SAW menjawab, “Tidak. Bukan begitu. Tetapi ada dua tabiat kamu yang tidak elok yang boleh menjerumuskan kamu ke dalam neraka:
  • Kamu banyak mengutuk/menyumpah
  • Kamu kufurkan kebaikan suami


Kemudian baginda SAW mengingatkan supaya:
  • Banyak beristighfar
  • Banyak bersedekah


Mudahnya seorang wanita masuk ke syurga tolong buka pintu untuk suami dapat pahala,tolong kejut suami bangun subuh dapat pahala,tolong startkan kereta suami dapat pahala.Mudahnya wanita nak dapat pahala tapi ramai cari dosa

#Berbanding dengan lelaki, banyak yang perlu ditanya sebelum masuk ke syurga, Allah akan tanya anak-anaknya, isteri-isterinya, berkenaan apa yang dibuat semasa hayatnya, jihadnya kemana dan semualah. Macam-macam lagi pertanyaan Allah.

Thursday 23 August 2012

CINTA SEBELUM NIKAH ATAU SELEPAS NIKAH

                                                     بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم 

Bercinta sebelum nikah atau bercinta selepas nikah apa pilihan kita.......

                                          *Bercinta sebelum nikah*


Islam datang bukan untuk berkata: “Jangan mencintai dan buang perasaan cinta itu”, tetapi datang dengan mengajarkan kita bahawa andainya kamu jatuh cinta, maka barhati-hatilah agar cinta itu tidak membuatkan kamu terpesong daripada kebenaran.(Iluvislam.com)


Bercinta sebelum nikah ni ada kebaikan dan kerburukannya bercinta sebelum nikah tak haram di sisi islam tapi cara kita menunaikan cinta tu boleh menjadi haram dan boleh menjadi halal

Antara keburukan bercinta

Bila bercinta mesti ada mesej-mesej,chatting,kau twit aku aku twit kau Menghabiskan duit jer beli kredit,membazir duit baiklah duit tu kita derma kat orang dapat lah pahala.

Bila bercinta sebelum nikah mestilah segelintirnya memanggil kekasih dengan panggilan mesra conth sayang,baby dan sebagainya (Nak muntah aku dengar ) kadang-kadang dengan panggilan ini boleh jadi Dosa jika dgn panggilan itu membawa kepada zina hati.

Bila bercinta sebelum nikah mula lah bergayut 24 jam,I miss you lah,you miss me lah,Ilove you,you love me,i want to kiss you,i sepak atas muka baru tahu.. :P

Bila bercinta sebelum nikah ada segelintirnya mula BERCOUPLE bila dah bercouple berjalan sama-sama,pegang-pegang tangan dah jadi HARAM percintaan tu.

Bila dah bercinta sebelum nikah mulalah solat entah kemana dulu solat sekarang solat jugak tapi kadang-kadang sebab sibuk duk bergayut dengan kekasih dulu pergi jugak ke kuliah agama sekarang dah tak pergi sebab sibuk dengan dating,bila dah dating sama-sama kan tersilap langkah bunting keluar anak mak bapak melenting..
                                                       *Bercinta selepas nikah*

Kalau bercinta selepas nikah banyak kebaikannya dan banyak pahalanya 

Bila bercinta selepas nikah pegang tangan dapat pahala

Bila bercinta selepas nikah cakap i love you dapat pahala

Bila bercinta selepas nikah nak sentuh mana-mana bahagian badan kekasih pun boleh (hehe)

Bila bercinta selepas nikah nak dating-dating pun boleh

Bila bercinta selepas nikah keluar anak mak bapak pun gembira 


#Pesanan dari insan yang jahil nak bercinta sebelum nikah tu boleh tapi jangan lah terlibat dengan perkara yang haram,Sebaiknya ta'aruf (kenal) dulu peneman hidup kenal dahulu sifat dia bagaimana percakapan dia dengan ibu bapa,bagaimana solat 5 waktu dia cukup kah tidak







PURDAH ANTARA PERBANDINGAN DAN HUKUM

                                                               بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم



                      Assalamualaikum ana ingin berkonsi satu artikel tentang 
                      
                     PURDAH ANTARA PERBANDINGAN DAN HUKUM                      
artikel ini disalin terus dari blog http://nurainvivian.blogspot.com 

Ulama ada berpendapat wajib dan ada juga yang berpendapat harus. Kadangkala ketidakmampuan kita menguasai al quran dan as sunah terpaksa merujuk kepada tulisan ulama’. Maka ada yang berpendapat wajib dan juga harus. Penilaian kita selaku golongan muttabi’, iaitu golongan yang mengikut dalil, bukan individu tertentu seperti muqallid.

Ada dua pendapat; pertama menyatakan bahawa purdah ini adalah satu rekaan yang dimasukkan ke dalam Islam. Bagi mereka purdah ini adalah bid’ah, iaitu setiap perkara yang tidak datang dari Allah dan Rasul SAW. Berlawanan dengan pendapat ini, ada yang mengatakan sesungguhnya purdah adalah dari Islam sendiri. Menutup muka adalah kewajipan agama yang tidak harus dianggap sambil lewa. Jangan kita musykil, saya akan terus perbahaskan benda furuk ini. Yang penting, metodologi kita bersumberkan Al Quran dan As Sunah. Mengimbangi antara nas yang cabang dan maqasid kulli, tujuan syarak yang menyeluruh. Kita harus berfikiran lapang dalam menerima dan melihat dalil setiap ulama’.

Ulama secara asas, berpendapat masalah ini merupakan masalah khilafiah, menimbulkan keraguan dan pertikaian yang tidak mempunyai nas yang tepat. Ulama’ berselisih dari zaman silam hingga ke hari ini.

Asal masalah adalah dari Firman Allah yang bermaksud ” Dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya” Surah An Nur.

Diriwayatkan oleh Ibnu Mas’ud, yang dikatakan dengan perkataan ‘ma zahara minha’ ialah pakaian dan tudung. Sebelum itu, jilbab menurut bahasa arab ada 3 pengertian:

1. baju yang menutup seluruh tubuh.
2. pakaian perempuan bahagian luar jika dipakai 2 lapis.
3. tudung yang dipakai oleh perempuan.
(lihat mu’jam asasi arab)

Diriwayatkan oleh Ibnu Abbas menafsirkan ‘ma zahara minha’ dengan makna celak dan cincin. Ibnu Abbas juga mengatakan bahawa bahagian muka dan tapak tangan. Begitu juga dengan riwayat Aisyah dan Anas b Malik berpendapat begitu.

Mereka juga berselisih dengan pendapat apa yang dikehendaki ‘melabuhkan pakaian’sebagaimana dalam surah ahzab ayat 59. Apa yang diriwayatkan oleh Ibnu Abbas adalah berlawanan berkenaan dengan penafsiran ayat ‘ma zahara minha’ tadi. Beliau menafsirkan bahawa maksud melabuhkan pakaian adalah dengan praktikal, iaitu menutup muka dan kepala dan mendedahkan mata kiri!

Ikrimah menyanggah pendapat ini. Beliau menyatakan maksud adalah menutup bahagian lekuk dibahagian atas dada, tempat dimana rantai dipakai dengan tudungnya dan melabuhkan sehingga menutup bahagian lekuk tersebut.

Said b Jubair menyatakan tidak harus bagi wanita Islam dilihat oleh lelaki asing melainkan ia memakai tudung kepala yang disertai dengan kain penutup muka, purdah.

Antara ulama’ yang bersependapat muka dan tangan bukan aurat dan tidak wajib menutupnya adalah Dr, Yusuf Qhardawi, Syeikh Nasirudin Al Bani, kebanyakan ulama di Universiti Al Azhar dan ulama’ kebanyakan tempat.

Ulama Arab saudi dan sebahagian negara teluk tidak sependapat dengan pendapat di atas (wajib menutup muka) antaranya Syeikh Abd Aziz b Baaz. Juga ulama dari Pakistan yang terkenal, Ustaz Abu Al A’la Al Maududi serta Prof Dr, Muhamad Said Ramadhan Al Buuti. Juga terdapat risalah yang dan fatwa dikeluarkan dari masa ke semasa yang menentang dan menyebut keaiban mendedahkan muka. Mereka menyeru memakai purdah dengan nama iman dan agama.

Maka apabila seseorang perempuan mengambil pendapat ini, serta mewajibkan dikalangan mereka menutup muka, maka bagaimana kita mahukan wajib beramal dengan pendapat lain yang dianggap silap(tidak wajib menutup muka) sedangkan kita mengetahui perkara ini merupakan khilafiah. Mereka menghukum golongan yang tidak beramal dengan pendapat lain sebagai berdosa dan fasik sedangkan ia adalah perkara furuk! Menjadi kewajipan kita adalah bersikap berhati-hati dalam perkara agama dan apakah elok jika seseorang mempertikaikan pendapat lain sedangkan ia bukannya perkara usul. Lainlah jika seseorang tidak memakai tudung, itulah yang sepatutnya ditentang!

Tiada ulama mengatakan memakai purdah adalah haram, maka harus seseorang memakainya tanpa ada prasangka buruk ke atas individu tersebut. Menjadi hak seseorang untuk memakai purdah atau sebaliknya. Memakai purdah tidak melanggar kewajipan dan tidak memudaratkan orang lain. Adakah kita menyebut kesalahan mereka yang memakai purdah sedangkan terdapat sekeliling kita yang tidak menutup aurat? Sedangkan kita mengetahui bahawa menampakkan tubuh badan, tidak menutup selain muka dan tapak tangan adalah pengharaman secara ijmak menurut syariat.

Adakah purdah wajib?

Perselisihan ini memang tidak dinafikan wujud. Kadangkala bersikap syadid dalam perkara agama menjadi keruncingan perselisihan. Tetapi secara mudah, kenapa kita mempertikaikan orang yang memakai purdah, kita mengata sedangkan ia adalah khilafiah dan hak individu, maka mungkin kita mendapat dosa. Tetapi jika kita menegur orang tidak memakai tudung, ia adalah perkara disepakati dan usul, mungkin kita mendapat pahala dengan menegur.

Jumhur Mazhab dan ulama’ bersependapat aurat adalah keseluruhan badan kecuali muka dan tangan. Kedua perkara ini adalah bukan aurat. Ibnu Marzuk berpendapat bagi mereka yang cantik dan boleh menimbulkan syahwat, sunat menutup muka. Ini bersandarkan perselisihan sama ada wajib wanita menutup atau wajib lelaki menutup penglihatan, menghindarinya. Kesimpulan, jumhur mengatakan aurat wanita adalah seluruh badan kecuali muka dan tapak tangan.

Dalil : Surah An Nur ayat 30 dan 31.

: Hadis Rasul SAW yang bermaksud ” Tidak harus bagi wanita yang beriman kepada Allah dan hari akhirat melainkan bahagian ini,sambil Rasul SAW memegang bahagian tengah lengan ( had aurat dalam hadis ini menunjukkan dari tengah lengan tangan hingga jari bukannya dari pergelangan tangan).

: Dalil yang menyuruh menutup belahan leher bukan menutup muka. Surah An Nur ayat 31.

: Dalil perintah supaya lelaki menyekat pandangan mata An Nur ayat 114.

dan beberapa hadis yang berkaitan dengan tidak wajib menutup muka.


Dalil mereka yang mengatakan purdah adalah wajib.

1. Surah Al Ahzab ayat 59 berkaitan ayat jilbab.

2. Tafsir Ibnu Mas’ud berkenaan firman Allah dalam surah An Nur 31. Yang menyatakan wajib.

3. Surah Al Ahzab ayat 53 berkaitan belakang tabir. Termasuk bagi mereka memakai purdah.

4. Hadis Aisyah yang mengatakan melabuhkan tudung hingga menutup muka.

5. Saddu Zaraii’ah. Menyekat jalan yang mengundang dosa.

6. Uruf sesuatu tempat. Wajib bagi mereka menutup aurat.


Secara akhirnya, jumhur ulama’ yang menyatakan menutup muka bukan wajib adalah diterima namun disana tidak memperkecilkan golongan yang mewajibkan memakai purdah. Namun ada beberapa perkara penting yang perlu diingat:

1. Mendedahkan muka tidak semestinya seseorang wanita memenuhinya dengan make up atau berbedak-bedak.

2. Pendapat tidak wajib tidak semestinya purdah tidak harus. Sesiapa yang ingin berpurdah, tidak menjadi kesalahan bahkan digalakkan apabila ia adalah cantik dan boleh menimbulkan fitnah.

3. Antara menutup dan harus melihat bukan seiringan. Pandangan pertama sahaja yang diharuskan sekali pintas. Tidak ada pandangan kedua dan seterusnya.

Kesimpulannya, Islam adalah agama yang mudah dan tidak menyusahkan. Hukum mendedahkan dan menutup muka adalah perkara khilafiah. Perkara khilafiah tidak boleh diperbesarkan dengan golongan pertama menyalahkan yang kedua dan sebaliknya. Tidak salah seseorang wanita ingin mendedahkan mukanya dan dan begitu juga menutupnya. Tetapi menjadi kesalahan golongan yang berpurdah menyalahkan golongan yang bertudung tidak berpurdah dan sebaliknya dengan alasan ‘tidak boleh masuk dengan masyarakat’. Menjadi titik penting dan benda yang sangat perlu difahami oleh seluruh masyarakat agar tidak memperlekehkan sesebuah golongan yang lain.

Lebih menjadi kesalahan apabila golongan yang berpurdah memaksa golongan bertudung tidak berpurdah supaya berpurdah. Dan lebih menjadi kesalahan dan amat malang sekali, apabila sesetengah pihak memaksa golongan berpurdah supaya menanggalkan purdah dengan alasan memudahkan urusan, menyesuaikan dengan suasana dan lain lagi.

Memaksa dan meminggirkan golongan yang berpurdah oleh golongan yang bertudung tidak berpurdah dan sebaliknya adalah dua perkara yang tidak sepatutnya berlaku. Bahkan memaksa golongan yang berpurdah menanggalkan purdah terpengaruh dengan fahaman sekular! Kenapa tidak dipaksa golongan yang tidak menutup aurat, adakah mereka ada kebebasan individu? Golongan berpurdah dan menutup aurat tidak ada kebebasan? Dimana timbangan keadilan?

Secara rawak, mereka yang mengatakan aurat tidak wajib adalah menyimpang dari perbahasan usul sedangkan purdah sudah khilaf, inikan pula benda yang sudah menjadi nas syar’i di dalam AL Quran dan As Sunah hendak diperlekehkan dan dipermainkan. Adakah kita menyokong golongan ini!

#SELAMAT BENIQAB DAN BERPUDAH JANGAN JADIKAN ARTIKEL INI SEBAGAI PANDUAN 100%

*PESANAN IKHLAS DARI INSAN YANG JAHIL*