Tuesday 16 October 2012

Nikah dan Bercinta

Antara nikah dan bercinta,jika si dia mengajak bercinta mungkin tolak sebab cinta sebelum nikah ni risiko tinggi sangat,risiko sakit hati..memang dah fitrah,bukan tak nak bercinta tapi bimbang menyakitkan hati si dia,aku ni memang suka sakitkan hati orang kah kah kah...Cinta cinta cinta niat nak dihati nak mencintai si seorang wanita kerana agama tapi zaman sekarang susah nak cari wanita yang betul-betul cintai agama ibarat mencari burung gagak putih,mengikut ustaz nazmi karim,rupa pun penting jugak tapi agama lagi penting,kenapa rupa penting sebab kalau kita tengok dia sejuk hati kita,tapi Agama lagi penting sebab,dengan agama kita ke syurga,mengapa aku tak memilih untuk bercinta kerana aku ingin mengelak zina hati dan zina mata..mencega lebih baik dari merawat..bercinta selepas nikah tu yang terbaik kenal dulu sebelum si dia tu impian aku...ikut islam anda selamat

Bukan tak nak bercinta tapi sebaiknyalah aku kenal dahulu hati si dia macam mana,bukan setakat tengok rupa jer,rupa cantik perangai tak cantik tiada guna,kalau ditakdirkan perangai dia tak cantik reject lah jawabnya,jika boleh bimbing aku bimbing tapi aku ni jahil,bimbing diri sendiri pun tak boleh kui kui kui

Mengapa aku memilih jalan menikah,Nikah adalah satu jalan selamat,kerana nikah mencegah kemungkaran dan menghalalkan perkara yang haram di antara aku dan si dia,nak pegang-pegang pun orang tak cakap berdosa,nak jalan-jalan pun orang tak cakap buat maksiat sebab dah ada hubungan suami isteri,Tapi si dia boleh setuju ker,sebab aku mempunyai impian untuk membawa isteri ke syurga,sebab tanggungjawab suami ni besar,aku nak dia tutup aurat dengan sempurna sekurang-kurangnya berniqob selepas nikah,muka dia hanya untuk aku bukan untuk lelaki lain,tu baru isteri yang baik inyaallah till jannah,...Harap-harap dia dapat menerima cintaku dan cara ku untuk membimbing amin

Ya allah semoga dia dilembutkan hati untuk menerima segala bimbingan hamba yang jahil ini,jauhi dia dari segala bentuk fitnah dan lindungi dia,kuatkan hati dia amin amin amin

*Tidak berkenaan dengan yang hidup ataupun yang telah mati*

Monday 15 October 2012

Jatuh cinta fitrah manusia

Apa maksud cinta mengikut firasat aku lah cinta ni perkara yang bersoalkan tentang kasih sayang,cintakan ibu bapa,cintakan Allah,cintakan Nabi,cintakan rakan-rakan, dan cintakan kekasih

Bersoal tentang cintakan kekasih,bercinta ni memang satu fitrah manusia,perasaan sukakan seseorangni memang dah fitrah manusia,mungkin kita sukakan si kekasih disebabkan rupa yang cantik mungkin disebabkan agama yang cantik,rupa cantik tak kekal lama,tapi agama cantik kalau dijaga maka lagi cantik,sebelum nak bercinta kita kena belajar dulu,belajar ilmu agama supaya bila bercinta kita tak akan lalai dan melakukan perkara yang haram contoh-couple-..Masalah manusia zaman sekarang bila bercinta mesti wajib bercouple,Couple ini ibarat bom jangka panjang,mula-mula memang manis tapi akhirnya kemanisan itu akan bertukar menjadi sesuatu yang amat pahit..

Aku pun pernah berkenan dengan seorang perempuan tapi,bila difikirkan balik ilmu di dada ni tak penuh lagi manfaatkan masa muda untuk belajar ilmu agama,Niat aku nak belajar ilmu agama dulu baru lah bercinta amin,kuatkalah iman kami,Sebaiknya kenal dulu pasangan yang nak dicintai,kenal dulu sifat dia,kenal dulu hati dia macam mana,kenal dulu adab dia dengan ibu bapa,muka cantik tapi hati buruk apa guna,nak bercinta sebelum nikah boleh islam tak mengharamkan tapi tengok pada keadaan dunia akhir zaman ini,sebaiknya bercinta selepas nikah,ikut islam insyaallah selamat,tak payah pun 
Belajar ilmu agama-Kenal dulu sifat si bakal zaujah-Tunang-Nikah-insyaallah 

Dakwah ada pahit ada manis

Dakwah ni bukannya pakai serban pakai jubah tapi mengajak orang berbuat baik

Bila kita buat baik bukannya semua orang akan suka,Tapi kita kena teruskan dakwah selagi kita ada ilmu kita sampaikan,ilmu bukan untuk diri sendiri tapi untuk dikongsi.Dalam berdakwah kesabaran itu penting,sabar itu sangat penting kalau tiada kesabaran maka hancurlah dakwah..Orang tak suka kita tu memang perkara biasa,tapi pasti ada yang akan suka kita.Dah orang tak suka nak buat macam mana hiraukan mereka macam angin yang berlalu..kebiasaannya hanya syaitan yang tak suka manusia buat baik..tapi hari ini manusia membenci kebaikan entah kenapa..munkin kerana kurang didikan ibu bapa.hmmm

Entah nak cakap macam mana kepada orang tak suka kan nasihat,bila nasihat dia cakap ''Ikut suka aku lah" memanglah ikut suka kau,,tapi masalah sekarang kau hidup atas bumi ALLAH,kau sedut oxygen Allah..kalau nak buat dosa pergi buat bumi sendiri lah cik adik..menerima nasihat yang baik mungkin edih bagi kita tapi,terimalah walaupun kita nampak pahit tapi bila ditelan insyaallah manis sekian coretan hidup hamba yang jahil  ^_^