Saturday 7 December 2013

Apabila monyet baru mengenal cinta.

Solamak petang,tengahari,dan malam.

Setelah lama gua menghilangkan diri,bukan buat rawatan plastik cuma hilang sebentar kerana malas gua nak menekan keyboard.

Gua nak bercerita lah sikit tentang ''Cinta monyet ala-ala Islamik'' sering kita dengar pelajar bercinta.

Pelajar sekolah biasa dengan cinta monyet ala Haram jadah sikit.

Pelajar sekolah agama bercinta monyet ala Islamik tapi Haram jadah juga.

Hari ini cerita tentang cinta pelajar sekolah agama.Di sini gua nak cakap lar,gua memang tak halang orang bercinta tapi cara mereka menunaikan cinta itu yang buat kaki gua ingin membuka bicara.

Cinta adalah haram jika bercinta dengan binatang (gurauan sahaja hehe)/

Cinta tidak haram,cara manusia menunaikan cinta mungkin menyebabkan haramnya percintaan.Ramai sahabat gua usia muda 14,15,16,17 dan 13 pun ada bercinta dengan alasan ada niat untuk nikah.

Ya tapi mereka tak bercinta tapi lebih dikenali sebagai couple.

Couple ini maksudnya berpasangan,kalau ikut tafsiran zaman sekarang lebih kepada maksiat,dimana berpegang tangan,bercakap lemah lembut naik nafsu lelaki,lalai dari Islam.

Bila bercouple kita letak kekasih yang utama,Allah yang kedua,Ibubapa yang ketika.Sepatutnya Allah yang pertama bukan kekasih.

Gua ada tanya kawan gua yang bercouple apa tujuaannya dia menjawab ''Aku hanya suka-suka bukan serius,saja nak mencari teman''

Jika bercouple,hubungan itu syaitan ikut,nak syaitan bersama kita.?.

Ada orang bercouple dari tingkatan 1 sampai umur 20 tapi nikah dengan orang lain yang baru dia kenal 3 hari.8 tahun menghabiskan masa,dalam masa 8 tahun kita boleh hafal Al-Quran.

Lelaki ini adalah pemimpin kepada wanita,bukan memimpin tangan wanita bukan mahram,Lelaki sepatutnya membimbing wanita bukannya membawa wanita ke kilang dosa.

Ada yang bercinta di usia muda jarak jauh tak pernah berjumpa,tapi hanya chatting dlm FB,kalau boleh elakkan,hati ini adalah raja,Susah nak jaga hati,kekadang niat kita baik tapi perbuatan jadi kurang baik.

Guna jalan selamat,bercinta selepas nikah,sebelum nikah kenal hati budi dahulu,jangan nak bermama-papa sangat lah,orang Terengganu kata ''Nyekit ngak aku dengor''

Waktu muda ini guna dengan baik,timba ilmu agama.

Jangan guna alasan ''Saya bercouple ada niat nak menikahi dia takper'' ini alasan tenuk tidak sihat.

Buat wanita,perempuan,awek,dan cikaro,jadilah air mutlak yang bersih boleh buat mandi,buat minuman.Jangan jadi air yang kotor,air yang ada tahi tak guna.

Nak lelaki baik jadi perempuan baik,Nak perempuan baik jadi lelaki baik.

Ingat perempuan maruah mu lebih beharga dari segunung emas.

Lelaki jaga perempuan,Perempuan ibarat segelas air jangan letak tahi di dalamnya.

Couple juga mengajar kita hidup melawan ibu bapa,BF kata jangan pergi sekolah kita ikut,Ayah suruh pergi sekolah kita tak ikut contoh.

Lebih baik ku hidup sendiri kemana pun tiada melarang-Biru Band

Kita tak pernah sendiri kerana kita ada pencipta yang Maha Melihat,Maha Pengasih,Maha Penyayang.

No comments:

Post a Comment