Tuesday 16 October 2012

Nikah dan Bercinta

Antara nikah dan bercinta,jika si dia mengajak bercinta mungkin tolak sebab cinta sebelum nikah ni risiko tinggi sangat,risiko sakit hati..memang dah fitrah,bukan tak nak bercinta tapi bimbang menyakitkan hati si dia,aku ni memang suka sakitkan hati orang kah kah kah...Cinta cinta cinta niat nak dihati nak mencintai si seorang wanita kerana agama tapi zaman sekarang susah nak cari wanita yang betul-betul cintai agama ibarat mencari burung gagak putih,mengikut ustaz nazmi karim,rupa pun penting jugak tapi agama lagi penting,kenapa rupa penting sebab kalau kita tengok dia sejuk hati kita,tapi Agama lagi penting sebab,dengan agama kita ke syurga,mengapa aku tak memilih untuk bercinta kerana aku ingin mengelak zina hati dan zina mata..mencega lebih baik dari merawat..bercinta selepas nikah tu yang terbaik kenal dulu sebelum si dia tu impian aku...ikut islam anda selamat

Bukan tak nak bercinta tapi sebaiknyalah aku kenal dahulu hati si dia macam mana,bukan setakat tengok rupa jer,rupa cantik perangai tak cantik tiada guna,kalau ditakdirkan perangai dia tak cantik reject lah jawabnya,jika boleh bimbing aku bimbing tapi aku ni jahil,bimbing diri sendiri pun tak boleh kui kui kui

Mengapa aku memilih jalan menikah,Nikah adalah satu jalan selamat,kerana nikah mencegah kemungkaran dan menghalalkan perkara yang haram di antara aku dan si dia,nak pegang-pegang pun orang tak cakap berdosa,nak jalan-jalan pun orang tak cakap buat maksiat sebab dah ada hubungan suami isteri,Tapi si dia boleh setuju ker,sebab aku mempunyai impian untuk membawa isteri ke syurga,sebab tanggungjawab suami ni besar,aku nak dia tutup aurat dengan sempurna sekurang-kurangnya berniqob selepas nikah,muka dia hanya untuk aku bukan untuk lelaki lain,tu baru isteri yang baik inyaallah till jannah,...Harap-harap dia dapat menerima cintaku dan cara ku untuk membimbing amin

Ya allah semoga dia dilembutkan hati untuk menerima segala bimbingan hamba yang jahil ini,jauhi dia dari segala bentuk fitnah dan lindungi dia,kuatkan hati dia amin amin amin

*Tidak berkenaan dengan yang hidup ataupun yang telah mati*

No comments:

Post a Comment